Assalamualaikum, salam 1 Malaysia. Korang pernah makan laksa Johor tak? Mungkin ade yang tak pernah makan, sebab laksa Johor dengan laksa Penang berbeza sikit. Kali ni aku nak kongsi ngan korang semua resepi Laksa Johor.. Bagi yang tak pernah buat tu, cuba2 lah ye..pasti puas hati....
1 paket spagetti (direbus)
1 kilo ikan kembung/ ikan parang ( direbus, diambil isi)
1 1/2 paket serbuk kari ikan (campur sedikit santan cair)
15 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
3 inci lengkuas*
3 btg serai*
(* bahan A-dikisar halus)
300 gram udang kering ( bahan B- dikisar)
150 gram ikan kurau kering ( bahan C- dibakar & dikisar)
kerisik
santan kelapa
garam dan pak aji
1) tumis bahan A hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yang telah dicampurkan dengan santan cair tadi. Tumis hingga garing.
2) masukkan bahan B dan bahan C.
3) lepas tu masukkan pula isi ikan. Gaul sebati, dan masukkan santan.
4) bila kuah dah mendidih, masukkan kerisik
5) biarkan kuah maak atas api lame sikit untuk sebatikan rasanya
*kuah laksa ni kalau disimpan semalaman lagi sodap..
untuk ulam pula..
taugeh
daun kesum
daun selasih
lobak asin
sambal belacan
timun
limau kasturi
masukkan spagetti dalam mangkuk, letak la ulam2 tadi tu diatas spagetti tu, kemudian tuangkan kuah. boleh la dihidangkan... kalau nak pedas, boleh la letak cili padi.
**tips untuk rebus spagetti... didihkan air dalam periuk, lepas air mendidih baru masukkan spagetti dan 2 sudu besar minyak masak supaya spagetti tu tak melekat. Untuk nak pastikan sama ada spagetti tu dah masak ke belum, ambil sikit dan cube baling ke dinding yang licin permukaannya. kalau ianya melekat maknanya dah masak la spagetti tu. pastikan spagetti itu dibilas selepas ditoskan.. selamat mencuba...









No comments:
Post a Comment