Monday, October 28, 2013

Longkai 2013


Assalamualaikum,

Okey, kali ni aku nak kongsi sinopsis filem Longkai. Filem terbitan MIG Pictures merupakan sebuah filem aksi arahan Hashim Rejab yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Faizal Hussien, Along Eyzendy, Niezam Zaidi, Erra Fazira, Wawa Zainal, Dira Abu Zahar, Atikah Suhaime , Azwan Kombos , Mikael Andre , Epy Kodiang , Zul Suphian, Black Mentor dan ramai lagi.. Jom tgk sinopsis Longkai 2013.


Barisan pelakon Longkai

Mengisahkan tentang geng-geng longkai yang sering berebut untuk mendapatkan bisnes. Eddie dan Bada merupakan pasangan adik beradik longkai yang ditugaskan untuk menghantar kenderaan yang ditarik mereka ke bengkel Rimau, seorang wanita yang berjiwa besi. Rimau diam-diam menyimpan perasaan kepada Bada. 






Mojo dan Bayam merupakan musuh tradisi Eddie dan Bada. Namun adik perempuannya, Soraya telah bercinta dengan Eddie secara senyap-senyap. Zarina, seorang wanita misteri sering mengunjungi bengkel Rimau dan kehadirannya mengubah hubungan Eddie dan Bada. Ini membuatkan Rimau mengesyaki tujuan sebenar Zarina muncul. 



Kemesraan Zarina dan Bada juga mengundang cemburu Rimau. Mojo pula semakin geram kerana segala rancangan jahatnya akan dipatahkan oleh geng Eddie. Dia yang mahu balas dendam cuba meminta bantuan Naga, taiko terkenal. Towtruck Eddie dilanyak habis-habisan.



Adakah Eddie terselamat? Siapakah Zarina sebenarnya?


Trailer Longkai 2013




No comments: